SALAM

Sunday, April 1, 2012

SR SULTAN HASHIM BATU APOI JOHAN LAGI!

Alhamdulillah, sekali lagi SR Sultan Hashim Batu Apoi telah berjaya menjadi johan didalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong tahun 2012 anjuran Jabatan Kokurikulum Daerah Temburong. Tuan rumah bagi kejohanan ini ialah SR Piasau-Piasau. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah kerana berjaya mengharumkan sekaligus menaikkan nama sekolah ini. Tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan sekolah iaitu Cikgu Noriah Binti Ngilau.

Pasukan sekolah telah pun berjaya menundukkan SR Amo di perlawanan separuh akhir dengan 7 berbalas 4. SR Amo berada di tempat yang kedua manakala ditempat yang ketiga bersama ialah dari SR Selangan dan SR Piasau-Piasau.Nur'Ezzatul'Aqilah Binti Abdullah Ramlee dari sekolah ini telah terpilih menjadi Pemain Terbaik pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah. Diharap akan dapat mempertahankan lagi kedudukan yang teratas dimasa akan datang. Amin.

No comments:

Post a Comment