SALAM

Monday, October 31, 2011

AKHIRNYA PIALA JOHAN TARIAN BRUNEI ASLI MENJADI MILIK SR SULTAN HASHIM BATU APOI TEMBURONG!~~


berhias di tambing.. =)


Mengusai 'pengantin perempuan'


Cg Noriah was helping makeup



GB lanja makan di Mall...



Yay~ piala johan kami punya~~



Alhamdulillah... akhirnya selepas 3 tahun mencuba, akhirnya sekolah ini telah pun berjaya menrangkul gelaran JOHAN pertandingan tarian Brunei asli peringkat negara tahun 2011. Pada tahun 2009, sekolah ini mendapat tempat ke-3 peringkat negara dengan tarian, Aduk-aduk. Pada tahun 2010, sekolah ini telah mendapat tempat ke-5 dengan tarian Samalindang. Akhirnya, tarian Alus Jua Dindang merupakan tarian johan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan kita. Semoga kejayaan akan terus dicapai dimasa akan datang. Amin.

MAJLIS PERPISAHAN BAGI CIKGU AMIN DAN MR JAMIE


Bergambar ramai bersama Cg Amin & Mr Jamie


GB menyampaikan ucapan


Mr Jamie







Cg Amin






Assalamualaikum WBT, sebelum menjelangnya cuti persekolahan penggal kedua yang lepas, warga sekolah telahpun mengadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Amin dan juga Mr Jamie. Pihak sekolah tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua kerana mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa bagi sama-sama untuk menaikkan nama sekolah selama bertugas disekolah ini.


SR SULTAN HASHIM BATU APOI MENJADI JOHAN LAGI DALAM PERTANDINGAN QUIZ PSR BAGI MURID-MURID TAHUN 6 DAERAH TEMBURONG


Score board..yes! menang.. hehe

Murid-murid sekolah bersedia.... =)



Diantara murid-murid yang mengambil bahagian



Gambar kenang-kenangan bersama Guru Besar.




Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Sekali lagi murid-murid sekolah ini telah menaikkan nama sekolah dengan memenangi Pertandingan Kuiz PSR bagi murid-murid tahun 6 sekolah-sekolah daerah Temburong 2011. Pertandingan ini telah diadakan di SR Puni. Tetamu kehormat bagi acara ini ialah Cikgu Md Ariffin Bin Hj Matusin, Pembantu Pemangku Pegawai Kanan Daerah, Jabatan Sekolah-sekolah Rendah Temburong.



Pasukan sekolah ini telah berjaya mengalahkan dua buah sekolah, SR Amo dan SR Negalang di peringkat akhir. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga akan terus maju jaya.

JOHAN LAGI~~ SR SULTAN HASHIM BATU APOI MENJADI JOHAN POWERPOINT PRESENTATION 2011


Cikgu Hj Siasa sedang memberikan taklimat ringkas


Cikgu Atfi dan Cikgu Fadli sebagai Juruacara pada hari tersebut




Cikgu Kasyful merupakan tulang belakang bagi kejayaan murid-murid





Para presenters yang bersiap sedia untuk bertanding.




Akhirnya, mereka menjadi JOHAN...



Alhamdulillah, sekolah ini telah pun menjadi johan dalam pertandingan Powerpoint Presentation for Temburong Primary School. Sekolah Rendah Sultan Hashim telah pun mengantar 4 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6. Mereka ialah Dayang Munirah dan Susilia (tahun 4), Dyg Nurhaizah (tahun 5) dan Dyg Nurul Nadimah (tahun 6). Keempat-empat mereka telah pun mempersembahkan presentation yang sungguh mantap dan penuh dengan 'confident'. Tidak hairanlah mereka berjaya merangkul 'title' JOHAN. Sebanyak 11 buah sekolah-sekolah Daerah Temburong telah pun menyertai pertandingan ini. Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Bahagian Rendah).

Tahniah diucapkan kepada warga Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi kerana berjaya menaikkan nama sekolah...

SR SULTAN HASHIM JOHAN KESELURUHAN EINSTEIN CHALLENGE BAGI DAERAH TEMBURONG 2011


Nadimah sedang menerangkan kepada tetamu kehormat majlis



Diantara ahli yang menjayakan pertandingan ini


Murid-murid yang mengikuti pertandingan ini.




Assalamualaikum WBT, terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari blog sekolah kami. Sebelum itu, kami memohon maaf kerana mengambil masa untuk meng'update' blog ini. Ini kerana mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.


Kali ini, kami ingin mengongsikan kejayaan demi kejayaan yang sekolah ini perolehi dari bulan Mei hingga sekarang. Alhamdulillah, sekali lagi Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi Temburong telah menjadi johan bagi murid tahun 6 sekolah-sekolah rendah daerah Temburong, tempat kedua bagi pertandingan booth dan sekaligus menjadi johan keseluruhan pertandingan Einstein Challenge Daerah Temburong 2011. Pertandingan ini diadakan pada hari Sabtu, 21 Mei 2011 di Dewan Belalong, Temburong. Tetamu kehormat yang hadir ialah Cikgu Hj Ramli Bin Hj Abd Rahman, Pemangku Pegawai Tugas-tigas Khas Kanan (Bahagian Rendah), Kementrian Pendidikan.