SALAM

Thursday, March 15, 2012

PERTANDINGAN MARI BERCERITA PERINGKAT SARINGAN DAERAH TEMBURONG





Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, sekolah telah menghantar dua orang murid untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan pada hari Khamis, 15 Mac 2012. Seramai 32 orang murid telah menyertai pertandingan ini seluruh Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong. Giliran bagi murid sekolah ini ialah 19 dan 20. Dua orang peserta sekolah ini ialah Munirah Binti Md Rahimi dari Tahun 5 dan Susilia Anak Langkah juga dari Tahun 5. Mudah-mudahan peserta sekolah kita akan masuk ke peringkat akhir bagi Daerah Temburong. Amin

Monday, March 12, 2012

PENILAIAN AWAL PROGRAM TEKAD CEMERLANG 2012





























Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini 12 Mac 2012, bermulalah Penilaian Awal PTC bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2012. Penilaian ini bermula 12 Mac hingga 14 Mac 2012. Seramai 22 orang murid di sekolah ini akan menduduki Penilaian Sijil Rendah (PSR) Oktober yang akan datang. Semua warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6 sekolah ini khasnya dan sekolah lain amnya. Semoga pencapaian tahun 2011 akan berulang dengan lebih gemilangnya.Amin.

Thursday, March 8, 2012

LAWATAN DARI PENSYARAH UBD


Sebelum memulakan interview...





Mereka sempat begambar di perpustakaan sekolah..

Hari ini, 8 Mac 2012, sekolah ini telah menerima lawatan dari 2 org pensyarah UBD iaitu Dr Terry dan Dr Aziz dan pembantu mereka Abeel. Mereka telah menjalankan kajian terhadap pengurusan sekolah ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka telah berpuas hati dengan lawatan mereka ke sekolah ini. Sekian

SR SULTAN HASHIM TEMPAT KETIGA PERLAWANAN BOLA SEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG 2012



Alhamdulillah,
Sekolah ini telah mendapat tempat ke-3 dalam Perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2012. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Mini SR Sultan Hassan Bangar. Sebanyak 7 buah sekolah-sekolah rendah Daerah Temburong telah mengikuti perlawanan ini. Tempat pertama ialah dari SR Amo dan tempat kedua ialah dari SR Sultan Hassan Bangar.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan akan dicapai lagi dimasa akan datang. Sekian.

ANUGERAH MURID CEMERLANG SENEGARA 2011


Diantara murid-murid yang berjaya...


Nurul Nadimah merupakan murid yang mendapat 5A disekolah ini...


Guru besar bersama Nurul Nadimah...


Alhamdulillah,
Sekali lagi sekolah ini telah mencatat sejarah apabila 5 orang murid sekolah ini telah dianugerahkan murid cemerlang senegara tahun 2011. Murid-murid itu ialah Nurul Nadimah dari tahun 6, Susillia dari tahun 4, Md Saiful Amin Solihin dari tahun 5, Ainah Najla dari tahun 2, dan Khairunnisa dari tahun 1.

Majlis ini berlangsung di Rizqun International Hotel. Tetamu kehormat Majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat beharga bagi sekolah ini. Insyallah, kejayaan demi kejayaan pasti akan dicapai dimasa akan datang. Amin


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.