SALAM

Sunday, November 22, 2009

Sambutan Hari Guru




























Sabtu, 7 November 2009 - Murid-murid SR Sultan Hashim Batu Apoi telah mengadakan Sambutan Hari Guru khas untuk guru-guru SR Sultan Hashim Batu Apoi. Semua guru begitu 'sporting' mengikuti semua aktiviti yang disusun oleh murid-muridnya sendiri.




Aktiviti yang dijalankan adalah seperti perlawanan bola jaring antara guru-guru, permainan merebut kerusi dan permainan 'fireball'.




Selepas aktiviti luar dijalankan, guru-guru dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid. Murid-murid membuat dua persembahan nyanyian iaitu satu persembahan daripada murid-murid pra hingga tahun 3 dan satu persembahan daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Persembahan ini berlangsung di dewan sekolah.




Sebelum guru-guru berkunjung ke semua kelas untuk menikmati jamuan yang telah disediakan, guru-guru telah berkumpul untuk sesi pertukaran hadiah.