SALAM

Wednesday, May 26, 2010

PERTANDINGAN KOIR KESELAMATAN JALANRAYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Selasa 25hb Mei, 2010:- Sekolah Rendah Sultan Hashim mengikuti Pertandingan Koir Keselamatan Jalanraya yang bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Yayasan.

Murid-murid Koir Sr Sultan Hashim

KURSUS PENERAPAN DAN PENINGKATAN AKHLAK PELAJAR

Sabtu & Isnin 22 & 24hb Mei, 2010 :- Kursus penerapan dan peningkatan akhlak pelajar yang diadakan selama 2 hari melibatkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi telah dianjurkan oleh Unit Kursus, Bahagian Kursus dan Bimbingan Wanita Pusat Da'wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

PERADUAN MARI BERCERITA PERINGKAT NEGARA 2010

Rabu 19hb Mei, 2010 :- Pada Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara yang bertempat di Dewan Raya RTB, Bandar Seri Begawan. Saza Yoel telah mewakili SR Sultan Hashim untuk bertanding dalam peraduan tersebut. Saza Yoel telah mendapat tempat ke-10 antara sepuluh buah sekolah yang bertanding. Diucapkan tahniah dan syabas kepada Saza Yoel kerana mewakili Daerah Temburang ke peraduan tersebut.

Saza Yoel(kanan) dengan hadiah saguhati

Tuesday, May 25, 2010

MAJLIS HARI TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG KALI PERTAMA

Rabu & Khamis 19 & 20hb Mei 2010:- SR Sultan Hashim telahpun menyertai Majlis Hari Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010 anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Temburong Dan JAPSER Daerah Temburong selama dua hari. SR Sultan Hashim berjaya mendapat tempat yang PERTAMA dalam hari terbuka tersebut. Diucapkan Tahniah dan Syabas kepada Guru-guru SR Sultan Hashim dan Wargasekolah dengan kerjasama dan usaha gigih yang tidak kenal penat lelah yang telah diberikan akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang. Pada hari terbuka tersebut memfokuskan kepada Alat Bantu Mengajar(ABM) yang diperbuat daripada barang-barang yang terbuang dalam matapelajaran subjek Matematik bagi Rendah Bawah dan Science bagi Rendah Atas. Topic yang ditunjukkan oleh SR Sultan Hashim adalah "Recognising Patterns" bagi Matematik manakala Science membawa tajuk " What Is A Habitat?"

Guru Besar Cikgu Hj Siasa bin Tambah Menerima hadiah tempat pertama dari tetamu kehormat.

Guru Besar bersama Guru-Guru yang terlibat
Cikgu Shafiee menerangkan penggunaan ABM kepada tetamu kehormat
Cikgu Izam menerangkan pembuatan dan penggunaan ABM kepada hakim-hakim

PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR TARIAN ASLI SEKOLAH RENDAH SENEGARA TAHUN 2010

Selasa 18hb Mei 2010:- Pertandingan Peringkat akhir Tarian Asli Sekolah Rendah Senegara diadakan di The Mall, Gadong. Penari-penari Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi berjaya mendapat tempat ke-5 dari 13 buah sekolah yang bertanding. Diucapkan tahniah dan syabas di atas usaha gigih penari-penari Sr Sultan Hashim jangan putus asa dan kita akan cuba lagi pada tahun hadapan

Wajah-wajah penari-penari SR Sultan Hashim
Tarian Samalindang
Cikgu Zool Fadli menerima hadiah saguhati dari tetamu kehormat 

LAWATAN KE PAMERAN FOTOGRAFI WARNA-WARNI HARI KEBANGSAAN KALI KE-26 TAHUN

Isnin, 17 Mei 2001:- Pada hari ini murid-murid tahun 4 dan tahun 5 telah melawat ke Pameran Fotografi Warna Warni Hari Kebangsaan Ke-26 Tahun yang bertempat di Kompleks Perniagaan Bumiputra di Pekan Bangar. Di Pameran tersebut dapat melihat gambar-gambar yang telah di ambil ketika Hari Kebangsaan pada tahun ini.


     
Cikgu Hassanal bersama murid-murid lelaki dan Cikgu Shafiee dengan murid-murid perempuan


    
Murid-murid asyik melihat gambar-gambar yang dipamerkan