SALAM

Thursday, March 15, 2012

PERTANDINGAN MARI BERCERITA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG





Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, sekolah telah menghantar dua orang murid untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan pada hari Khamis, 15 Mac 2012. Seramai 32 orang murid telah menyertai pertandingan ini seluruh Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong. Giliran bagi murid sekolah ini ialah 19 dan 20. Dua orang peserta sekolah ini ialah Munirah Binti Md Rahimi dari Tahun 5 dan Susilia Anak Langkah juga dari Tahun 5.

Alhamdulillah, kedua-dua murid dari sekolah ini telah berjaya masuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 26 April nanti. Adik Munirah telah berjaya mendapat tempat yang pertama di peringkat saringan, manakala adik Susillia telah berjaya ditempat yang ketiga. Diharapkan mereka berdua akan dapat mengekalkan lagi kedudukan mereka berdua di peringkat akhir nanti. Amin. Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment