SALAM

Saturday, June 5, 2010

MAJLIS MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID PERTENGAHAN TAHUN 2010

Rabu 2hb Jun, 2010 :- Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi telah mengadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi peperiksaan pertengahan tahun 2010. Majlis tersebut diadakan di kelas-kelas. Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan ibubapa/penjaga murid dengan guru-guru dan dapat berkongsi perihal murid-murid serta kemajuan dalam pembelajaran di sepanjang pertengahan tahun ini.Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dan harapan pihak sekolah supaya murid-murid yang telah berjaya akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ke akhir tahun ini dan berusaha lebih gigih terutama pada mata pelajaran yang lemah.




Guru-guru menerangkan kemajuan murid kepada ibubapa/penjaga

Tuesday, June 1, 2010

JERAYAWARA BIRO MENCEGAH RASUAH KE SEKOLAH RENDAH SULTAN HASHIM BATU APOI

Sabtu 29hb Mei, 2010:- Pihak Biro Mencegah Rasuah telah memilih Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi bagi mengadakan Jerayawara Biro Mencegah Rasuah. Jerayawara tersebut adalah bagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan "RASUAH" dan memberi pendidikan dan kefahaman lebih lanjut kepada murid-murid dan guru-guru bahawa Rasuah itu salah dari segi undang-undang dan bertentangan dengan konsep Melayu Islam Beraja.Jerayawara tersebut diadakan di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi. Pada jerayawara tersebut pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak Biro Mencegah Rasuah seperti pertandingan koir, menyusun perkataan, peraduan mewarna dan kuiz-kuiz.



Bergambar ramai dengan pihak BMR dan Guru-Guru


Guru Besar menerima cenderahati




Aktiviti-activiti yang disediakan dar Biro Mencegah Rasuah


MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI PIBG, GURU-GURU DAN WARGASEKOLAH SR SULTAN HASHIM BATU APOI

Selasa 25hb Mei, 2010 :- Pada malam tersebut pihak PIBG, Guru-Guru dan Wargasekolah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi mengingati kejayaan Wargasekolah dan dengan kerjasama PIBG menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Sekolah Rendah Daerah Temburong tahun 2010 yang diadakan pada April lalu. Selain daripada itu juga bagi mengingati apa jua kejayaan yang diperolehi oleh SR Sultan Hashim Batu Apoi dalam akademik dan ko-kurikulum yang telah diikuti sepanjang bulan Januari hingga Mei 2010. Majlis Doa Kesyukuran itu diadakan di Restoran Nurul Uli Khaerani yang terletak di Rest House Temburong dan dimiliki oleh Pengerusi PIBG sendiri Awg Hj Jambol bin Hj Kahar. Guru-guru dan Wargasekolah SR Sultan Hashim Batu Apoi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi PIBG Awg Hj Jambol bin Hj Kahar bagi menaja makan malam pada majlis tersebut.

Doa dibaca oleh Imam Masjid Kg Batu Apoi


Wargasekolah Wanita bersama isteri Pengerusi PIBG(tengah)

Guru Besar memberikan sijil-sijil penghargaan kepada Pengerusi PIBG