SALAM

Saturday, February 25, 2012

Bilik Persidangan berwajah baru...





Assalamualaikum WBT.
Warga sekolah ingin mengongsikan bersama abiskita wajah baru bilik persidangan sekolah ini. Alhamdulillah, warga sekolah sangat gembira dengan transformasi bilik persidangan ini. Ini akan memberikan lagi kemudahan dan keselesaan kepada warga sekolah yang menggunakan bilik ini.

Awda boleh melihat gambar-gambar yang telah kami upload. Sekian.

Walkathon Amal anjuran Persatuan Ibu Bapa Guru SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong


Pengerusi PIBG ketika ditemuramah oleh RTB



Ibu Bapa/Penjaga dan tetamu yg hadir menantikan ketibaan tetamu kehormat.



Kelihatan kegembiraan diwajah tetamu kehormat dan tetamu yg hadir



Bahagian pergigian Kementerian Kesihatan juga turut sama-sama memeriahkan lagi
dengan mengadakan mini-exhibition


Tetamu Kehormat memulakan walkathon amal..





Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah , hari ini merupakan hari yang sangat beharga bagi warga sekolah kerana Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah ini telah berjaya mengadakan Walkathon Amal sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28.

Tetamu kehormat bagi acara ini ialah Yang Mulia, Awang Suharafazaly Bin Hj Yusof, Pemangku Pegawa Daerah Temburong. Turut hadir ialah Tuan Hj Jambol bin Hj Kahar, Pengerusi PIBG SR Sultan Hashim Batu Apoi, Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua-ketua Kampong, Pegawai dari Jabatan Kokurikulum, Pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan, ahli Jawatankuasa, ibu bapa dan penjaga murid.

Acara pagi ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh instruktur dari Jabatan Belia dan Sukan. Kemudian, acara diteruskan lagi dengan Walkathon Amal yang dimulakan oleh tetamu kehormat.

Tujuan Walkathon amal ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga sekolah dan ibu bapa, menanamkan sifat patriotik terhadap negara kedalam diri murid-murid dan yang akhir sekali, melatih dan mendidik murid untuk mengamalkan kehidupan yang sihat.

Wednesday, February 22, 2012

Meeting Pertama PTC Bagi Guru-guru tahun 6 Daerah Temburong







Hari ini, Rabu, 22 Februari 2012, semua guru tahun 6 Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong berkumpul buat pertama kali tahun ini bagi sama-sama membincangkan strategi yang sesuai untuk meningkatkan lagi prestasi PSR Daerah Temburong. Program Tekad Cemerlang (PTC) ini telah dijalankan pada tahun 2011. Alhamdulillah, dengan usaha semua guru yang terlibat, Temburong telah berjaya berada ditangga yang ketiga seluruh negara berbanding tahun sebelumnya, Temburong telah menduduki tangga yang tercorot.

Insyallah dengan adanya program sebegini, ia akan meningkatkan kualiti guru untuk lebih mencapai yang terbaik pada tahun ini. Amin.

Monday, February 20, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang PSR Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2011


Cikgu Kasyful menerima sijil penghargaan


Cikgu Michael..


Pengerusi Majlis...


Jejaka SR Sultan Hashim Batu Apoi.. =)


Bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.


Alhamdulillah, selesailah sudah Majlis Anugerah Cemerlang PSR bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2011. Semua guru dari 11 buah sekolah Daerah Temburong telah hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Tidak ketinggalan juga warga SR Sultan Hashim Batu Apoi turut hadir.

Pengerusi Majlis pada petang ini ialah Cikgu Othman bin Bolhassan, Pemangku Pegawai Kanan Daerah Temburong dan Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Cikgu Nudin Bin Haji Mohammad, Pemangku Penolong Pengarah (Rendah) Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Anugerah Cemerlang PSR Keseluruhan telah dianugerahkan kepada SR Negalang. Tahniah diucapkan.

Insyallah, SR Sultan Hashim Batu Apoi akan cuba membuktikan yang terbaik lagi pada tahun ini, tahun lepas sekolah ini telah mendapat 92.4% lulus dalam PSR. Sasaran bagi 2012.. 100%... Seperti Motto Sekolah kami... BE THE BEST!...

Sekian. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Sunday, February 19, 2012

Lorong KTM berwajah Baru.. 2012


KATA-KATA HIKMAT


WARNA-WARNI..=)


ANYAMAN...


OUR HERITAGE..


KENALI NEGARA KITANI...


Assalamualaikum WBT..
Hari ini kami ingin mengongsikan wajah baru Lorong Kumpulan Tunas Mekar (KTM) . Sebelum ini lorong KTM ini cuma memaparkan gambar-gambar aktiviti sekolah, tapi pada tahun ini kami menyediakan lebih banyak info seperti ruangan Kenali Negara Kitani (KNK), ruangan Info Kesihatan dan sebagainya. Insyallah, dengan adanya Lorong KTM ini ia akan memberi peluang kepada murid untuk menyelami dan menimba ilmu yang baru.