SALAM

Thursday, April 21, 2011

AKHIRNYA PIALA BOLA JARING MILIK SR SULTAN HASHIM!








Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SR Sultan Hashim Batu Apoi kerana telah berjaya meraih kemenangan dengan menjadi Johan dalam Perlawanan Bola Jaring Sekolah-sekolah rendah Daerah Temburong 2011.

Pasukan sekolah telah mengalahkan pasukan dari SR Selangan dengan mendapat markah jaring 6 - 4. Manakala sewaktu peringkat separuh akhir, pasukan sekolah berjaya mengalahkan SR Selapon dengan markah jaringan 7 - 0. Pemain terbaik bagi Perlawan Bola Jaring ini telah dimenangi oleh Neilly Binti Yakup, dari SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong (Posisi GA). Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana berjaya membawa kembali piala bola jaring. Disini kami merakamkan kenangan manis sewaktu perlawanan dilangsungkan. BE THE BEST!!!

Wednesday, April 20, 2011

PERTANDINGAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG



















Assalamualaikum WBT.

Bertemu kita lagi kali ini di blog sekolah yang sensasi dengan informasi yang terkini.

Kali ini kami ingin mengongsikan bersama abiskita semua mengenai dengan Pertandingan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah bagi Daerah Temburong Tahun 2011 anjuran Jabatan Kokurikulum Daerah Temburong.


Alhamdulillah, pasukan bola jaring SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong telah berjaya untuk masuk ke pusingan separuh akhir seterusnya akan bertanding lagi untuk mengambil tempat ke peringkat akhir. Cuma empat buah sekolah yang berjaya masuk dan bertanding untuk Pusingan Separuh akhir. Diantara sekolah itu ialah SR Sultan Hashim Batu Apoi, SR Puni, SR Selangan dan tuan rumah, SR Selapon. Disini kami ingin mengongsikan markah jaringan dan gambar pasukan sekolah ini sewaktu bertanding. Mereka menang tanpa kalah dalam semua pusingan.

Ini adalah markah jaringan perlawanan :

SR. Sultan Hashim Batu Apoi Temburong ( 14 ) lwn SR Negalang ( 0 )

SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong ( 10 ) lwn SR Sultan Hassan Bangar ( 2 )

SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong ( 7 ) lwn SR Amo ( 0 )

SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong ( 9 ) lwn SR Puni ( 3 )

SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong ( 9 ) lwn SR Labu Estate ( 1 )

Pada pusingan separuh akhir sekolah ini akan bertemu dengan SR Selapon dan akan mencari siapa yang bakal untuk bertanding di pertandingan akhir Pertandingan Bola Jaring ini.


Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan sekolah ini, semoga piala juara akan dibawa pulang dengan meriahnya. Amin.