SALAM

Saturday, November 27, 2010

LAWATAN PEMANGKU PENGARAH KENAZIRAN KE SR SULTAN HASHIM BATU APOI














































Tanggal 25 November 2010, merupakan satu lagi kenangan manis buat SR Sultan Hashim Batu Apoi kerana menerima lawatan kerja dari Pemangku Pengarah Kenaziran, Puan Zarina binti Dato Paduka Hj Abuzar bersama pegawai-pegawai di Jabatan Kenaziran. Lawatan dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas dari Cikgu Haji Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sultan Hashim Batu Apoi. Selepas taklimat, acara diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid seperti puppet show dan sketsa drama.Setelah itu rombongan dibawa melihat bilik-bilik Khas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Warga SR Sultan Hashim Batu Apoi, tidak lupa merakamkan ribuan terima kepada rombongan Pemangku Pengarah Kenaziran.