SALAM

Saturday, February 18, 2012

Mesyuarat bersama Guru Besar dan Sambutan Birthday buat Cikgu Kasyful


Cikgu Kasyful sempat mengambil gambar kek bday nya. =)


Cikgu Kasyful berasa terharu kek surprise nya


Cikgu Michael membawa kek buat Cikgu Kasyful





Cikgu Hj Siasa membaca Doa Selamat untuk memberkati majlis


Alhamdulillah,
Bertemu kita lagi pada hari ini. Hari ini kami ingin mengongsikan aktiviti yang berlangsung disekolah. Waktu rehat, warga sekolah telah mengadakan meeting bersama guru besar dan sekaligus meraikan ulang tahun salah seorang cikgu disekolah, iaitu Cikgu Kasyful Baqi Bin Hj Abas yang ke 28 tahun. Selamat ulang tahun diucapkan kepada beliau. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Sekian.

Friday, February 17, 2012

SR SULTAN HASHIM BATU APOI OUTREACH PROGRAM


Ibu bapa/orang kampung yang hadir


Guru-guru menunjuk ajar kepada yang hadir


Kerani juga mengongsikan ilmu cara menggunakan IT


Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, bertemu kita lagi di blog yang penuh dengan informasi terkini mengenai dengan sekolah ini. Hari ini kami ingin mengongsikan mengenai dengan program outreach sekolah yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan pada bulan November 2011 yang lalu.

Program ini dikhususkan untuk orang kampung yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini. Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan oleh orang kampung. Ini kerana program ini menumpukan kepada penggunaan ICT (Komputer dan aplikasinya). Program ini diadakan dua kali dalam sebulan (tertakluk kepada perubahan), iaitu setiap hari Rabu. Guru-guru sekolah ini akan menjadi fasilitator bagi setiap bengkel yang diadakan.

Pihak sekolah berharap, program sebegini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada orang kampung sekaligus akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga sekolah dan orang kampung.

Sekian

Perjumpaan Persatuan Ibu Bapa Guru pada 13 Februari 2012


Guru Besar selaku penasihat, dan Tuan Haji Jambol selaku pengerusi


Ketua Kampong Batu Apoi, Tuan Hj Daud juga hadir selaku Setiausaha PIBG


Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, pada hari Isnin yang lepas, 13 Februari 2012, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong telahpun selesai mengadakan perjumpaan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Februari ini. Mesyuarat ini telah diadakan pada pukul 7.30pm di dewan sekolah. Warga sekolah sangat berbangga di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak ibu bapa kerana berkesudian hadir untuk sama-sama membincangkan agenda yang dibentangkan.

Dengan adanya perpaduan sebegini, Insyallah, ia akan menguatkan lagi ikatan silaturrahim diantara warga sekolah dan ibu bapa murid. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Sekian..

Apple professional Training at ILIA UBD


One ipad2...each.. hehe


Guru besar dan guru-guru yang lain mengongsikan ide.


Buat apa Cikgu Michael atu? ngantuk usulnya? hehe


Cikgu Aryan dengan dua buah iPad2 nya.. hehe


Gambar kenangan bersama fasilitator Mr Moses dari Singapura.

Assalamualaikum WBT.
Tanggal 16 Februari 2012, sembilan orang guru yang terpilih dari sekolah ini telah selesai menghadiri kursus dalam penggunaan iPad2 di ILIA, UBD. Sembilan orang guru itu terdiri daripada Cikgu Hj Siasa, Cikgu Md Zool Fadli, Cikgu Roziah, Cikgu Aryan Zikry, Cikgu Nordinah, Cikgu Kasyful, Cikgu Syafiq, Cikgu Michael dan Cikgu Firdaus. Kursus ini bermula pada 15 Februari 2012. Fasilitator pada kursus ini ialah Mr. Moses yang didatangkan khas dari Singapura.

Alhamdulillah, kursus yang dihadiri telah berjalan dengan lancar dan sangat menyeronokkan. Ini kerana semua yang hadir telah diberi pengalaman untuk mencuba dan menggunakan iPad2. Sekolah Vokasional Wasan Brunei Muara dan juga SR Bukit Beruang juga turut serta didalam kursus ini.

Insyallah, dengan adanya kursus sebegini akan dapat mencungkil bakat guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Amin.

Thursday, February 16, 2012

MAJLIS PENGAGIHAN BENDERA-BENDERA KECIL


Murid-murid sekolah menyanyikan lagu patriotik



Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan




Murid-murid berbaris untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tetamu kehormat



Imam Norezam membaca doa bagi memberkati majlis



Tetamu kehormat majlis bersalam bersama murid-murid



Terpancar keriangan di wajah murid-murid...

Assalamualaikum WBT.
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi warga sekolah ini kerana tahun ini SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong telah diberi penghormatan dan dipilih untuk mengendalikan Majlis Pengagihan Bendera-Bendera Kecil Sempena Hari Kebangsaan yang ke -28.

Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah, Yang Mulia Awang Haji Ismail Bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kubudayaan Belia dan Sukan. Turut hadir ialah, Yang Mulia Awang Suharafazly Bin Haji Yusof, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Behormat Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahad, Ahlis Majlis Mesyuarat Negara, Penyelia Kanan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong, Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua-ketua Kampong, Pengerusi PIBG sekolah, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan tetamu-tetamu yang lain.

Majlis dimulakan dengan menaikkan bendera negara, dan majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari pengerusi majlis, Cikgu Haji Siasa Bin Tambah. Acara kemuncak majlis pada pagi ini ialah pengagihan bendera-bendera kecil kepada semua murid sekolah ini yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan tetamu-tetamu khas yang hadir. Seterusnya, tetamu kehormat telah dipelawa untuk melihat kelas-kelas yang dihiasi indah dengan bendera-bendera kecil meja. Ini untuk menggalakkan murid-murid untuk mencintai negara, bangsa dan menanamkan sikap patriotisme dalam diri mereka.

Alhamdulillah, majlis pada pagi ini telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat untuk menjayakan mjalis yang penuh bersejarah ini. Sekian.