SALAM

Thursday, April 28, 2011

SR SULTAN HASHIM BATU APOI JOHAN PERADUAN MARI BERCERITA!






Alhamdulillah,
Akhirnya piala johan Peraduan Mari Bercerita Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong tahun 2011 telah dimenangi oleh sekolah ini. Saza Yoel Bin Sara telah berjaya mengalahkan 9 orang pesaingnya yang mana salah seorang daripadanya juga dari sekolah ini iaitu Adik Munirah binti Rahimi. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah berjaya menjadi johan selama 2 tahun berturut-turut. Adik Saza akan bertanding lagi bagi peringkat negara pada masa yang terdekat nanti.

Pemenang kedua ialah dari SR Semabat dan menduduki tempat ketiga ialah dari SR Selangan. Adik Munirah telah mendapat tempat ke-empat. Tahniah diucapkan kepada peserta dari sekolah ini kerana berjaya mengharumkan nama sekolah ini. Tahniah diucapkan sekali lagi. Dan tidak lupa diucapkan kepada murid-murid persembahan koir dan sketsa drama tahun 4, 5 dan 6 kerana berjaya mempersembahkan persembahan yang sangat baik dan begitu hebat sekali. Tahniah!

MAJLIS PERPISAHAN BUAT MR. DAVID PANCHAM




Assalamualaikum WBT.
Bismillahirahmanirahim...

Hari ini, Khamis, 28 April 2011, warga sekolah telah mengadakan majlis perpisahan buat Mr David Pancham, iaitu guru CFBT yang mengakhiri perkhidmatan beliau di negara ini. Beliau akan pulang ke Kanada. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr David dengan semua jasa dan khidmat dengan sekolah ini. Kami doakan semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga yang tersayang.

Sunday, April 24, 2011

Lawatan dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan






Assalamualaikum WBT.

Bismillahirahmanirahim.

Bertemu kita lagi di blog sekolah ini. Kali ini kami ingin mengongsikan bersama abiskita yang mana hari ini, Sabtu, 23 April 2011, Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Lawatan mereka ke sekolah ini ialah untuk melihat pasukan tarian Brunei asli mengadakan latihan bagi membuat persiapan untuk Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Senegara 2011 (Peringkat Separuh Akhir). Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan tip yang diberikan amat bermakna bagi pasukan sekolah ini. Terima Kasih lagi diucapkan. Semoga pasukan sekolah ini akan mencapai kejayaan dipertandingan nanti.. Amin Ya Rabbal Alamin.