SALAM

Monday, March 7, 2011

SLP Program * Let's Look and Read* (2LR)




















Assalamualaikum WBT.

Bertemu kita lagi di blog SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong. Kali ini kami ingin mengongsikan program Let's Look and Read atau singkatannya 2LR. Program ini ialah untuk memeastikan semua murid disekolah ini pandai membaca dan memahami bahasa inggeris. Murid-murid akan di bahagikan kepada tiga kod warna. Iaitu Merah, Orange dan Hijau. Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan merah akan sentiasa dipantau oleh guru-guru yang telah terpilih untuk program reading intervention. Manakala murid-murid yang didalam kumpulan orange akan membaca bersama guru-guru yang terpilih. Dan yang hijau akan mengikuti aktiviti yang disediakan dan juga mereka boleh membaca secara bebas.


Murid-murid hijau juga boleh membaca melalui radio sekolah, mereka juga boleh menyampaikan cerita yang mereka baca melalui Story telling ataupun Puppet show. Guru-guru yang terpilih akan sentiasa memantau aktiviti yang dilakukan oleh muird-murid dalam kumpulan hijau ini.


Disini kami memaparkan gambar-gambar program reading intervention yang diadakan setiap hari Isnin dan Sabtu. Sekian.

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-27




























Assalamualaikum WBT.

Tanggal 23 Februari, merupakan hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan bagi semua rakyat Negara Brunei Darussalam kerana hari ini merupakan hari kebangsaan negara ini.

"Negaraku Brunei Darussalam" merupakan tema pada tahun ini. SR Sultan Hashim Batu Apoi tidak lupa untuk sama-sama menyambut hari yang penuh bermakna ini.

Sambutan hari kebangsaan di sekolah telah disambut pada hari Isnin, 21 Februari 2011. Ini bertujuan untuk sama-sama menanamkan sikap patriotisme kepada generasi-generasi baru ini. Murid-murid diarahkan untuk menyanyi lagu-lagu patriotik dan juga mendengar sedikit ucapan dari tetamu kehormatm iaitu Cikgu Hj Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sultan Hashim Batu Apoi.

Kemudian, setelah acara menaikkan bendera, murid-murid membuat aktiviti yang disediakan oleh guru kelas masing-masing. Marilah kita sama-sama melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu sambutan menjelang hari kebangsaan ini. Sekian.

Cascading SLP 2011


Di akhir bengkel...

Cikgu Muhammad membentangkan idea mereka.


Rahimah pun tidak ketinggalan menyampaikan bagi
kumpulan mereka.










Guru-guru membaca 360 feedback...Shhh... hehe

Cikgu Nasiruddin dengan tekun menerangkan
journey line beliau..

Buat cikgu Firdaus... jangan becakap... hehe

Guru besar menerangkan journey line beliau..


Saat-saat gentir.. hehe








Perbincangan sedang dijalankan

Para peserta bersedia untk melakukan aktiviti



Assalamualaikum WBT.
Kami ingin mengongsikan lagi gambar-gambar sewaktu, team SLP, yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Kanan Akademik dan juga Penolong Guru Kanan Akademik. Ia merupakan satu bengkel yang sangat beharga dan menyeronokkan, bukan sahaja buat guru-guru malahan juga kakitangan sekolah. Bengkel ini diadakan selama dua hari, iaitu pada hari Selasa, 22 Februari 2011 dan 24 Februari 2011 pukul 2pm - 5pm. Semua warga sekolah telah menyertai bengkel ini, mereka diberikan taklimat mengenai dengan projek sekolah dan cara melaksanakannya. Dan juga, semua warga sekolah telah diberikan aktiviti dan juga mengarahkan mereka untuk berlakon drama pendek selama 4 minit.

Kita saksikan gambar dan juga video yang telah diambil untuk tatapan bersama. Semoga terhibur.