SALAM

Monday, March 7, 2011

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-27




























Assalamualaikum WBT.

Tanggal 23 Februari, merupakan hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan bagi semua rakyat Negara Brunei Darussalam kerana hari ini merupakan hari kebangsaan negara ini.

"Negaraku Brunei Darussalam" merupakan tema pada tahun ini. SR Sultan Hashim Batu Apoi tidak lupa untuk sama-sama menyambut hari yang penuh bermakna ini.

Sambutan hari kebangsaan di sekolah telah disambut pada hari Isnin, 21 Februari 2011. Ini bertujuan untuk sama-sama menanamkan sikap patriotisme kepada generasi-generasi baru ini. Murid-murid diarahkan untuk menyanyi lagu-lagu patriotik dan juga mendengar sedikit ucapan dari tetamu kehormatm iaitu Cikgu Hj Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sultan Hashim Batu Apoi.

Kemudian, setelah acara menaikkan bendera, murid-murid membuat aktiviti yang disediakan oleh guru kelas masing-masing. Marilah kita sama-sama melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu sambutan menjelang hari kebangsaan ini. Sekian.

Cascading SLP 2011


Di akhir bengkel...

Cikgu Muhammad membentangkan idea mereka.


Rahimah pun tidak ketinggalan menyampaikan bagi
kumpulan mereka.










Guru-guru membaca 360 feedback...Shhh... hehe

Cikgu Nasiruddin dengan tekun menerangkan
journey line beliau..

Buat cikgu Firdaus... jangan becakap... hehe

Guru besar menerangkan journey line beliau..


Saat-saat gentir.. hehe








Perbincangan sedang dijalankan

Para peserta bersedia untk melakukan aktiviti



Assalamualaikum WBT.
Kami ingin mengongsikan lagi gambar-gambar sewaktu, team SLP, yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Kanan Akademik dan juga Penolong Guru Kanan Akademik. Ia merupakan satu bengkel yang sangat beharga dan menyeronokkan, bukan sahaja buat guru-guru malahan juga kakitangan sekolah. Bengkel ini diadakan selama dua hari, iaitu pada hari Selasa, 22 Februari 2011 dan 24 Februari 2011 pukul 2pm - 5pm. Semua warga sekolah telah menyertai bengkel ini, mereka diberikan taklimat mengenai dengan projek sekolah dan cara melaksanakannya. Dan juga, semua warga sekolah telah diberikan aktiviti dan juga mengarahkan mereka untuk berlakon drama pendek selama 4 minit.

Kita saksikan gambar dan juga video yang telah diambil untuk tatapan bersama. Semoga terhibur.

School Leadership Program


Kumpulan 6. SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong &
SR Limau Manis

Gambar Kenangan

Guru Besar tekun dengan tugas yang diberikan.


Guru Besar & Cikgu Roziah


"I HAVE A DREAM~~ " hehe








Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita kembali lagi pada tahun ini. Warga sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari lama blog sekolah kami. Disini saya ingin 'update' sedikit sebanyak aktiviti yang telah berlaku disekolah dari bulan Januari hingga sekarang. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah terpilih untuk mengikuti School Leadership Program selama 4 hari setengah. Guru-guru yang terpilih ialah Guru Besar, Hj Siasa Bin Tambah, Guru Kanan Akademik, Dyg Roziah Binti Hj Abd Rahim, dan Penolong Guru Kanan Akademik, Md Zool Fadli Bin Hj Mahbub.

Bengkel selama 4 hari setengah ini, bermula pada hari Isnin, 7 Februari 2011 hingga 11 Februari 2011. Sekolah kami mengikuti Cohort yang ke 5. Berbagai yang telah dipelajari sewaktu bengkel tersebut. Yang paling berharga ialah, YB Menteri Pendidikan, juga berkesudian mengadakan muzakarah bersama kumpulan kami. Coach bagi sekolah kami ialah Cikgu Samsiah, Munah dan Patricia, tidak kami lupakan floor manager, Nazim. Kami berada dikumpulan 6 bersama dengan guru-guru dari SR Limau Manis. Ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ia menjadikan kami guru-guru yang berdedikasi, berwibawa dan juga bertanggungjawab.

Setelah kami mengikuti bengkel SLP tersebut, kami dengan bangganya membawa project kami yang berjudul "Let's Look and Read" atau singkatannya "2LR". Alhamdulillah, dengan dua nila (value) yang kami pilih iaitu Teamwork & Responsibility, sekolah ini dapat menjalankan program SLP ini dengan lancar dan teratur dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari coach yang telah ditugaskan.

Pada masa sekarang, projek ini telah dijalankan. Dimana nanti kita semua akan dapat melihat gambar-gambar yang telah di'upload' untuk tatapan bersama.Kami juga mengadakan cascading bersama guru-guru selama 2 hari, dari pukul 2pm hingga 5pm. Ia adalah cascading yang sangat menyeronokkan. Dimana guru-guru dan juga kakitangan sekolah diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan juga pendapat mereka masing-masing. Mereka semua juga berpeluang untuk berlakon. Tidak sangka mereka mempunyai bakat yang terpendam.

Kami rasa cuma itu sahaja yang ingin dikongsikan mengenai dengan aktiviti SLP di sekolah ini. Kami harap biskita semua akan terhibur melihat gambar-gambar yang telah di'upload' di blog kami ini. Sekian. Terima kasih.