SALAM

Monday, March 7, 2011

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-27




























Assalamualaikum WBT.

Tanggal 23 Februari, merupakan hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan bagi semua rakyat Negara Brunei Darussalam kerana hari ini merupakan hari kebangsaan negara ini.

"Negaraku Brunei Darussalam" merupakan tema pada tahun ini. SR Sultan Hashim Batu Apoi tidak lupa untuk sama-sama menyambut hari yang penuh bermakna ini.

Sambutan hari kebangsaan di sekolah telah disambut pada hari Isnin, 21 Februari 2011. Ini bertujuan untuk sama-sama menanamkan sikap patriotisme kepada generasi-generasi baru ini. Murid-murid diarahkan untuk menyanyi lagu-lagu patriotik dan juga mendengar sedikit ucapan dari tetamu kehormatm iaitu Cikgu Hj Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sultan Hashim Batu Apoi.

Kemudian, setelah acara menaikkan bendera, murid-murid membuat aktiviti yang disediakan oleh guru kelas masing-masing. Marilah kita sama-sama melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu sambutan menjelang hari kebangsaan ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment