SALAM

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Peringkat Awal Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010

Isnin, 1 & 2 Mac 2010 - Pada hari ini bermulalah Kejohanan Peringkat Awal Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut. Perlawanan berlangsung di Gelanggang Sukan Jabatan Kokurikulum Daerah Temburong pada pukul 2 petang. Seramai 9 buah sekolah telah menyertai di kejohanan tersebut.

Pemain-pemain SR Sultan Hashim

Gelanggang sukan Kokurikulum Daerah Temburong


Selama dua hari kejohanan berlangsung 4 pasukan telah berjaya mara ke perlawanan Separuh Akhir yang akan di adakan pada 3 Mac 2010. SR Puni telah menjadi juara di Kumpulan 'A' dan Naib Johan adalah SR Sultan Hassan Bangar manakala bagi Kumpulan 'B' SR Amo menjadi Johan dan Naib Johan adalah SR Sultan Hashim. Perlawanan separuh akhir adalah di antara SR Sultan Hashim VS SR Puni dan SR Amo VS SR Sultan Hassan.


Guru-guru dan pemain-pemain yang hadir

Pengadil memberikan taklimat kepada pemain


SR Sultan Hashim VS SR Kenua

SR Kenua VS SR Negalang

Pemain-pemain bersalaman selepas perlawanan



Tuesday, March 2, 2010

Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010

Isnin, 1 Mac 2010 - Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Daerah Temburong kali ke 25 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac,2010 bertempat di Gelanggang Sukan Kokuriukulum. Di jemput orang ramai supaya hadir ke kejohanan tersebut bagi memeriahkan lagi acara tersebut.



Wednesday, February 3, 2010

Ko-kurikolum Sekolah Bulan 1

Sepanjang bulan pertama tahun 2010. Sekolah Rendah Sultan Hashim sibuk bersiap sedia dengan kegiatan Ko-kurikolum yang akan diadakan. Sekolah juga berkesempatan melakukan riadah bersenam pagi dengan mengadakan 'Walkathon' melawat Kampong.


Walkathon

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Minggu Pertama Sekolah

Bermulalah musim sekolah bagi negara Brunei Darussalam bagi tahun 2010. Guru-guru dan murid-murid memulakan musim persekolahan yang bermula pada tarikh 4th Januari 2010 dengan penuh harapan dan semangat. Diharapkan, tahun ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Pada tahun Sekolah Rendah Sultan Hashim juga telah mempunyai Guru Besar yang Baru iaitu Cikgu Haji Siasa Bin Tambah dan juga menerima kemasukan murid Pra.

Diharapkan Tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik. Selamat Maju Jaya.





Sunday, November 22, 2009

Sambutan Hari Guru




























Sabtu, 7 November 2009 - Murid-murid SR Sultan Hashim Batu Apoi telah mengadakan Sambutan Hari Guru khas untuk guru-guru SR Sultan Hashim Batu Apoi. Semua guru begitu 'sporting' mengikuti semua aktiviti yang disusun oleh murid-muridnya sendiri.




Aktiviti yang dijalankan adalah seperti perlawanan bola jaring antara guru-guru, permainan merebut kerusi dan permainan 'fireball'.




Selepas aktiviti luar dijalankan, guru-guru dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid. Murid-murid membuat dua persembahan nyanyian iaitu satu persembahan daripada murid-murid pra hingga tahun 3 dan satu persembahan daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Persembahan ini berlangsung di dewan sekolah.




Sebelum guru-guru berkunjung ke semua kelas untuk menikmati jamuan yang telah disediakan, guru-guru telah berkumpul untuk sesi pertukaran hadiah.