SALAM

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Peringkat Awal Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010

Isnin, 1 & 2 Mac 2010 - Pada hari ini bermulalah Kejohanan Peringkat Awal Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut. Perlawanan berlangsung di Gelanggang Sukan Jabatan Kokurikulum Daerah Temburong pada pukul 2 petang. Seramai 9 buah sekolah telah menyertai di kejohanan tersebut.

Pemain-pemain SR Sultan Hashim

Gelanggang sukan Kokurikulum Daerah Temburong


Selama dua hari kejohanan berlangsung 4 pasukan telah berjaya mara ke perlawanan Separuh Akhir yang akan di adakan pada 3 Mac 2010. SR Puni telah menjadi juara di Kumpulan 'A' dan Naib Johan adalah SR Sultan Hassan Bangar manakala bagi Kumpulan 'B' SR Amo menjadi Johan dan Naib Johan adalah SR Sultan Hashim. Perlawanan separuh akhir adalah di antara SR Sultan Hashim VS SR Puni dan SR Amo VS SR Sultan Hassan.


Guru-guru dan pemain-pemain yang hadir

Pengadil memberikan taklimat kepada pemain


SR Sultan Hashim VS SR Kenua

SR Kenua VS SR Negalang

Pemain-pemain bersalaman selepas perlawanan



No comments:

Post a Comment