SALAM

Saturday, February 25, 2012

Walkathon Amal anjuran Persatuan Ibu Bapa Guru SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong


Pengerusi PIBG ketika ditemuramah oleh RTB



Ibu Bapa/Penjaga dan tetamu yg hadir menantikan ketibaan tetamu kehormat.



Kelihatan kegembiraan diwajah tetamu kehormat dan tetamu yg hadir



Bahagian pergigian Kementerian Kesihatan juga turut sama-sama memeriahkan lagi
dengan mengadakan mini-exhibition


Tetamu Kehormat memulakan walkathon amal..





Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah , hari ini merupakan hari yang sangat beharga bagi warga sekolah kerana Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah ini telah berjaya mengadakan Walkathon Amal sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28.

Tetamu kehormat bagi acara ini ialah Yang Mulia, Awang Suharafazaly Bin Hj Yusof, Pemangku Pegawa Daerah Temburong. Turut hadir ialah Tuan Hj Jambol bin Hj Kahar, Pengerusi PIBG SR Sultan Hashim Batu Apoi, Penghulu Mukim Batu Apoi, Ketua-ketua Kampong, Pegawai dari Jabatan Kokurikulum, Pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan, ahli Jawatankuasa, ibu bapa dan penjaga murid.

Acara pagi ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh instruktur dari Jabatan Belia dan Sukan. Kemudian, acara diteruskan lagi dengan Walkathon Amal yang dimulakan oleh tetamu kehormat.

Tujuan Walkathon amal ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga sekolah dan ibu bapa, menanamkan sifat patriotik terhadap negara kedalam diri murid-murid dan yang akhir sekali, melatih dan mendidik murid untuk mengamalkan kehidupan yang sihat.

No comments:

Post a Comment