SALAM

Thursday, April 28, 2011

SR SULTAN HASHIM BATU APOI JOHAN PERADUAN MARI BERCERITA!






Alhamdulillah,
Akhirnya piala johan Peraduan Mari Bercerita Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong tahun 2011 telah dimenangi oleh sekolah ini. Saza Yoel Bin Sara telah berjaya mengalahkan 9 orang pesaingnya yang mana salah seorang daripadanya juga dari sekolah ini iaitu Adik Munirah binti Rahimi. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah berjaya menjadi johan selama 2 tahun berturut-turut. Adik Saza akan bertanding lagi bagi peringkat negara pada masa yang terdekat nanti.

Pemenang kedua ialah dari SR Semabat dan menduduki tempat ketiga ialah dari SR Selangan. Adik Munirah telah mendapat tempat ke-empat. Tahniah diucapkan kepada peserta dari sekolah ini kerana berjaya mengharumkan nama sekolah ini. Tahniah diucapkan sekali lagi. Dan tidak lupa diucapkan kepada murid-murid persembahan koir dan sketsa drama tahun 4, 5 dan 6 kerana berjaya mempersembahkan persembahan yang sangat baik dan begitu hebat sekali. Tahniah!

No comments:

Post a Comment