SALAM

Tuesday, May 25, 2010

MAJLIS HARI TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG KALI PERTAMA

Rabu & Khamis 19 & 20hb Mei 2010:- SR Sultan Hashim telahpun menyertai Majlis Hari Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010 anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Temburong Dan JAPSER Daerah Temburong selama dua hari. SR Sultan Hashim berjaya mendapat tempat yang PERTAMA dalam hari terbuka tersebut. Diucapkan Tahniah dan Syabas kepada Guru-guru SR Sultan Hashim dan Wargasekolah dengan kerjasama dan usaha gigih yang tidak kenal penat lelah yang telah diberikan akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang. Pada hari terbuka tersebut memfokuskan kepada Alat Bantu Mengajar(ABM) yang diperbuat daripada barang-barang yang terbuang dalam matapelajaran subjek Matematik bagi Rendah Bawah dan Science bagi Rendah Atas. Topic yang ditunjukkan oleh SR Sultan Hashim adalah "Recognising Patterns" bagi Matematik manakala Science membawa tajuk " What Is A Habitat?"

Guru Besar Cikgu Hj Siasa bin Tambah Menerima hadiah tempat pertama dari tetamu kehormat.

Guru Besar bersama Guru-Guru yang terlibat
Cikgu Shafiee menerangkan penggunaan ABM kepada tetamu kehormat
Cikgu Izam menerangkan pembuatan dan penggunaan ABM kepada hakim-hakim

No comments:

Post a Comment