SALAM

Sunday, September 26, 2010

LAWATAN KERJA KE SR PANCHONG,TUTONG 2


Begambar ramai selepas melawat Eco-Garden


Bergambar ramai..


Guru Besar SR Panchong dan Guru Besar SRSH Batu
Apoi menghayati mainan gulintangan yg dipersembahkan.



Persembahan dari PIBG SR Panchong, Tutong 2



Hari ini warga SR Sultan Hashim Batu Apoi, Temburong telah mengadakan lawatan kerja ke SR Panchong, Tutong 2. Lawatan ini memberikan makna yang begitu beharga kerana dengan adanya lawatan ini, kedua buah sekolah dapat betukar ide dan sama-sama mencari cara untuk menceriakan dan menaikkan nama sekolah masing-masing. Kami merasa sangat terharu dengan sambutan ketibaan kami ke SR Panchong. Kami disambut dengan persembahan gulintangan yang dipersembahkan oleh Persatuan PIBG SR Panchong. Kemudian kami diberikan sedikit taklimat yang ringkas mengenai dengan sekolah tersebut sebelum kami dibawa melawat ke bilik-bilik khas sekolah itu. Walaupun perjalanan ke SR Panchong sangat jauh, ia tidak mematahkan semangat warga kami untuk mengambil gambar dan berkongsi ide bersama dengan guru-guru di sana.Yang paling seronoknya ialah kami dibawa melawat ke Eco-Garden SR Panchong. Sungguh menarik didalamnya di mana kita dapat melihat berbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang mana sekolah ini telah memenangi KTM pada tahun lepas dengan adanya Eco-Garden ini. Semoga dengan adanya lawatan sebegini akan dapat diteruskan dimasa akan datang bagi sama-sama menimba ilmu yang baru dan lebih kreatif lagi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment