SALAM

Thursday, March 8, 2012

LAWATAN DARI PENSYARAH UBD


Sebelum memulakan interview...





Mereka sempat begambar di perpustakaan sekolah..

Hari ini, 8 Mac 2012, sekolah ini telah menerima lawatan dari 2 org pensyarah UBD iaitu Dr Terry dan Dr Aziz dan pembantu mereka Abeel. Mereka telah menjalankan kajian terhadap pengurusan sekolah ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka telah berpuas hati dengan lawatan mereka ke sekolah ini. Sekian

SR SULTAN HASHIM TEMPAT KETIGA PERLAWANAN BOLA SEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG 2012



Alhamdulillah,
Sekolah ini telah mendapat tempat ke-3 dalam Perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2012. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Mini SR Sultan Hassan Bangar. Sebanyak 7 buah sekolah-sekolah rendah Daerah Temburong telah mengikuti perlawanan ini. Tempat pertama ialah dari SR Amo dan tempat kedua ialah dari SR Sultan Hassan Bangar.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan akan dicapai lagi dimasa akan datang. Sekian.

ANUGERAH MURID CEMERLANG SENEGARA 2011


Diantara murid-murid yang berjaya...


Nurul Nadimah merupakan murid yang mendapat 5A disekolah ini...


Guru besar bersama Nurul Nadimah...


Alhamdulillah,
Sekali lagi sekolah ini telah mencatat sejarah apabila 5 orang murid sekolah ini telah dianugerahkan murid cemerlang senegara tahun 2011. Murid-murid itu ialah Nurul Nadimah dari tahun 6, Susillia dari tahun 4, Md Saiful Amin Solihin dari tahun 5, Ainah Najla dari tahun 2, dan Khairunnisa dari tahun 1.

Majlis ini berlangsung di Rizqun International Hotel. Tetamu kehormat Majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat beharga bagi sekolah ini. Insyallah, kejayaan demi kejayaan pasti akan dicapai dimasa akan datang. Amin


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Wednesday, February 29, 2012

MAJLIS PERPISAHAN 3 ORANG GURU DAN SEORANG ATTACHMENT


Penyampaian cenderahati kepada Md Khairuddin Bin Hj Hamdan


Penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Cikgu Kasumayati Binti Opai


Penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Cikgu Izsdiyani Binti Shabudin


Penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Cikgu Hassanal Farisan Bin Hj Sahadani


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar.

Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita lagi di blog yang penuh dengan informasi terkini mengenai sekolah ini.
Hari ini, SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong mengadakan Majlis Perpisahan bagi Cikgu Kasumayati Binti Opai yang berpindah ke SR Selangan, Cikgu Md Hassanal Farisan Bin Haji Sahadani yang berpindah ke SR Panglima Barudin Limau Manis, Cikgu Iszdiyani Binti Shabudin yang berpindah ke SR Puni dan Md Khairuddin Bin Hj Hamdan yang menamatkan clerk attachment disekolah ini.

Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna, yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Md Kasyful Baqi bin Hj Abas, kemudian ucapan alu-aluan oleh Cikgu Hj Siasa bin Tambah, Guru Besar SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong, dan ucapan dari guru-guru yang berpindah.

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada guru-guru dan attachment tersebut.

Warga sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada guru-guru yang berpindah dan juga kepada Md Khairuddin.

Sekian.

Saturday, February 25, 2012

Bilik Persidangan berwajah baru...





Assalamualaikum WBT.
Warga sekolah ingin mengongsikan bersama abiskita wajah baru bilik persidangan sekolah ini. Alhamdulillah, warga sekolah sangat gembira dengan transformasi bilik persidangan ini. Ini akan memberikan lagi kemudahan dan keselesaan kepada warga sekolah yang menggunakan bilik ini.

Awda boleh melihat gambar-gambar yang telah kami upload. Sekian.