SALAM

Tuesday, April 5, 2011

PERTANDINGAN TARIAN BRUNEI ASLI PERINGKAT SARINGAN 2011









Assalamualaikum WBT,

Bertemu kita lagi didalam blog yang berinformasi dan terkini untuk dikongsikan bersama

Alhamdulillah, selesailah pertandingan tarian Brunei asli peringkat saringan yang diadakan di Dewan Muhibbah pada hari Isnin, 4 April 2011 bermula jam 2 petang. Sekolah ini telah mempersembahkan tarian Alus Jua Dindang. Seramai 9 buah sekolah telah bertanding pada petang itu. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 4 April dan 5 April 2011. Keputusan pertandingan ini diumumkan pada 5 April 2011.

Alhamdulillah, sekolah ini telah berjaya masuk ke peringkat separuh akhir dan akan bertanding lagi pada 5 Mei 2011. Semoga pasukan tarian SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong akan berjaya masuk ke peringkat akhir pertandingan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, March 18, 2011

Diakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama






Assalamualaikum WBT.

Cuti sekolah penggal pertama pun sudah bermula dari 18 hingga 27 March 2011. Pihak sekolah telah mengadakan acara perlawanan bola sepak guru-guru lawan murid-murid dan juga bola jaring. Hari yang sangat menggembirakan bagi guru-guru, kakitangan dan juga murid-murid disekolah ini.

Acara dimulakan dengan perkumpulan pagi kemudian membaca surah yassin. Setelah itu, semua warga sekolah membuat senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Fadli. Kemudian, setelah senamrobik, murid-murid yang ingin menyertai perlawanan bola sepak dan bola jaring menuju ke tempat masing-masing. Disini kami sertakan gambar-gambar yang telah diambil oleh salah seorang murid sekolah ini. Selamat menyaksikan.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HJ SHAFEI DAN CIKGU MARRY






Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita lagi diblog SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong.

Hari ini kami ingin mengongsikan bersama biskita semua mengenai dengan Majlis Perpisahan bagi Cikgu Hj Shafei dan Cikgu Mary. Majlis ini diadakan pada 17 March 2011 di Bilik Persidangan sekolah. Cikgu Hj Shafei telah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun manakala Cikgu Mary telah berkhidmat selama 5 tahun. Warga sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada biscikgu kerana banyak menyumbangkan tenaga dan masa bagi sama-sama menaikkan nama sekolah ini. Semoga cikgu sekalian akan dapat meneruskan lagi usaha cikgu di sekolah yang ditempatkan. Jasa Cikgu Hj Shafei dan Cikgu Mary tidak akan dilupakan. Selamat Maju Jaya.

Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan Bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011



Assalamualaikum WBT.
Dalam blog kali ini, kami ingin mengongsikan mengenai dengan Majlis Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011. Seramai 19 orang murid dari 11 buah sekolah rendah daerah Temburong telah mengikuti pertandingan ini.

SR SUltan Hashim Batu Apoi Temburong juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyahut cabaran ini. Sekolah Batu Apoi telah menghantar dua orang murid, iaitu, Saza Yoel Bin Sara dan Munirah Binti Rahimi. Mereka telah menyampaikan cerita mereka mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri. Semoga mereka berdua akan berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bagi Daerah Temburong. Amin.

Thursday, March 17, 2011

Penyampaian sijil kepada pasukan bola sepak sekolah 2011









Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita lagi dalam blog ini.
Kali ini kami ingin mengongsikan mengenai dengan penyampaian sijil-sijil kepada pasukan bola sepak sekolah yang mana telah menyertai Perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah bagi Daerah Temburong Tahun 2011. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Cikgu Haji Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi Temburong.

Walaupun pasukan dari SR Sultan Hashim Batu Apoi, tidak mendapat tempat, tapi warga sekolah tetap berbangga dengan pasukan bola sepak sekolah. Tahniah diucapkan. Kita akan teruskan lagi usaha pada tahun yang akan datang. Semoga Berjaya. Amin.