SALAM

Sunday, October 31, 2010

SRSH Batu Apoi... Tempat ke-3 Pertandingan Sketsa Drama Kumpulan Tunas Mekar Senegara 2010


gambar kenangan...

org kuat SRSH Batu Apoi.. hehe

Rajin Cg Nasirudin n Norman atu eh..hehe

Disebalik tabir...

Di sebalik tabir 2

happyy...hehe

menangg..

GB pun sama2 menyumbangkan tenaga.. =)

penyampaian hadiah


Tanggal 30 oktober 2010, SRSH Hashim Batu Apoi sekali lagi mencatat sejarah kerana memenangi Pertandingan Sketsa Drama Kumpulan Tunas Mekar(KTM) Senegara 2010 di tempat yang ke -3, anjuran bahagian Bimbingan dan bakat kerja, kaunseling.Pertandingan berlangsung di Dewan Raya, RTB. Sebanyak 6 buah sekolah yang layak masuk ke peringkat akhir dalam pertandingan ini.
SR Dato Marsal Brunei 2A menjuarai pertandingan ini denagn sketsa drama yang bertajuk Puteri Betik, manakala ditempat yang kedua ialah dari SR Rimba 1 dengan tajuk Sazali diikuti dengan tempat yang ke-3 ialah SRSH Batu Apoi, Temburong dengan sketsa drama yang bertajuk Pelangi Petang arahan Cikgu Md Zool Fadli Bin Hj Mahbub.

Tetamu kehormat pada pertandingan itu ialah, Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian pendidikan, Awg Ibrahim bin Hj Abd Rahman.

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah kerana sama-sama menjayakan hingga kitani semua mencapai kejayaan...

Thursday, October 7, 2010

Lawatan Pemangku Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Tuan Haji Suhaila bersama rombongannya.


Begambar ramai sebelum pulang.


murid2 menunjukkan skills masing2,


Tuan Hj Suhaila juga ikut serta membuat experiment yang disediakan.





Pada hari Rabu, 6 Ogos 2010 merupakan hari yang bersejarah buat SRSH Batu Apoi kerana sekolah ini menerima lawatan dari Pemangku SUT Pendidikan Teras, Tuan Hj Suhaila Bin Hj Abd Karim beserta rombongannya. Tahniah diucapkan kepada semua warga SRSH Batu Apoi. Insyallah, SRSH Batu Apoi akan mengulangi kegemilangan yang pernah diraih sebelumnya. Amin.

Tuesday, September 28, 2010

SRSH Batu Apoi FM.. Bukan Sebarang Stesen~


DJ Nadim


DJ Susilia


DJ Munirah


DJ Aizah


DJ Saza


DJ Susilia and DJ Nori


Diantara pendengar setia stesen ini... Panas!


Terus terhibur dengan lagu yang disediakan


Dj sibuk dengan tugasan mereka.


Kounter DJ-DJ radio sekolah...


Alhamdulillah radio SR Sultan Hashim Batu Apoi, SRSH Batu Apoi FM telah selamat dirasmikan pada awal Julai yang lalu. Banyak murid yang mengikuti sesi ujibakat bagi mencari DJ-DJ yang mampu membawa stesen yang kian hangat ini. Alhamdulillah, seramai 8 org DJ yang berjaya dipilih untuk memanaskan lagi hiburan sekolah pada tahun ini. Motto bagi radio sekolah kami ialah "SRSH Batu Apoi FM.. bukan sebarang stesen". Diharap radio sekolah ini akan lebih berjaya dan dapat menghiburkan pendengar-pendengar untuk berbagai usia. Amin

Monday, September 27, 2010

Lawatan dari Jabatan Bimbingan Kaunseling dan Bakat Kerja (Penghakiman KTM)


Begambar ramai sebelum pulang.


Pegawai-pegawai sedang menghakimi.


DJ Nadim sedang menghiburkan pendengarnya


Hakim-hakim tekun melihat video sopan santun
yang ditayangkan.


GB memberikan taklimat ringkas sebelum pegawai-pegawai
mula menghakimi.


Lorong KTM


Album KTM SR Sultan Hashim Batu Apoi

Pada bulan ogos yang lepas, pegawai-pegawai dari Jabatan Bimbingan Kaunseling dan Bakat Kerja telah datang ke sekolah ini bagi menghakimi pertandingan Kumpulan Tunas Mekar (KTM). Alhamdulillah, lawatan ini telah berjalan dengan lancar. Mereka sangat terhibur dengan persembahan mari becerita dari Adik Saza dan juga sangat suka dengan Radio Sekolah SRSH Batu Apoi. Selepas melihat persembahan di perpustakaan sekolah, mereka meneruskan lagi lawatan ke lorong KTM yang begitu meriah dan menarik. Insyallah, mudah2an dengan berkat Allah SWT SR Sultan Hashim Batu Apoi akan memenangi pertandingan ini Amin.

Pelancaran Program Asuhan Budi




Tetamu kehormat merasmikan bilik Kaunseling
dan Bakat Kerja.


Cenderahati buat tetamu kehormat.


Pelancaran Program Asuhan Budi





Pada bulan Ogos yang lepas, sekolah ini telah telah mengadakan majlis pelancaran program asuhan budi. Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah pengerusi PIBG SR Sultan Hashim Batu Apoi Tuan Hj Jambol Bin Hj Kahar. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibaca oleh Cikgu Hj Shafiee Bin Murni. Kemudian Majlis diteruskan lagi dengan sedikit taklimat mengenai dengan program ini oleh guru besar SR Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Cikgu Hj Siasa Bin Tambah. Setelah selesai melancarkan program asuhan budi ini,, tetamu kehormat terus merasmikan bilik Kaunseling dan Bakat Kerja. Warga SR Sultan Hashim Batu Apoi tidak lupa merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Jambol Bin Hj Kahar kerana sudi menjadi tetamu kehormat bagi majlis ini.