SALAM
Tuesday, April 27, 2010
JOHAN SEPAK TAKRAW DAERAH TEMBURONG
Khamis, 22 April 2010 ;- Tahniah kepada pasukan sepak takraw SR Sultan Hashim kerana berjaya menjadi Johan dalam perlawanan tersebut. Pasukan SR Sultan Hashim mengalahkan Pasukan SR Negalang pada perlawananan tersebut. Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Sepak Takraw SR Sultan Hashim!!
Friday, April 23, 2010
PENARI-PENARI TARIAN ASLI SR SULTAN HASHIM BERJAYA MASUK KE PERINGKAT AKHIR
Selasa 20hb April 2010, Tahniah kepada penari-penari SR Sultan Hashim kerana berjaya masuk ke peringkat akhir Tarian Asli Senegara yang akan diadakan pada 18hb Mei,2010 di The Mall Gadong. Tahniah dan syabas we are proud with you girls!!
LAWATAN KERJA DAN SESI MUZAKARAH DARI PENGARAH JABATAN KURIKULUM DAN ROMBONGAN
Sabtu 10hb April 2010, Pada hari ini SR Sultan Hashim telah menerima lawatan kerja dan sesi muzakarah dari Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awangku Abdullah bin Pg Hj Tengah berserta rombongan. Lawatan ini adalah bagi membincangan beberapa masalah mengenai SPN 21 dan cara terbaik untuk melaksanakannya.
Pengarah Perkembangan Kurikulum dan guru-guru yang hadir
Guru Besar Cikgu Hj Siasa memberi sedikit penerangan mengenai sekolah dan rombongan-rombongan dari perkembangan kurikulum
Monday, April 19, 2010
JOHAN PERADUAN MARI BECERITA PERINGKAT DAERAH TEMBURONG 2010
Khamis, 15hb April 2010 - Tahniah!! kepada Saza Yoel kerana mendapat tempat pertama dalam Peraduan Mari Bercerita Daerah Temburong 2010 yang berlangsung d SR Puni. Saza Yoel telah menambat hati para hakim dengan aksi berani dan confidence level yang tinggi di atas pentas. Diucapkan syabas kepada guru-guru pengawas dan berusaha lagi untuk peringkat negara.
Tuesday, April 6, 2010
Penari-Penari Tarian Asli Sr Sultan Hashim Berjaya Masuk Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara 2010
Selasa, 6 April 2010 - Usaha gigih dan kerja keras penari-penari Sr Sultan Hashim yang dibimbing oleh Cikgu Zool Fadhli yang mempersembahkan "Tarian Samalindang" akhirnya berbaloi apabila keputusan yang bedebar-debar yang dinantikan petang hari ini di mana Sr Sultan Hashim berjaya masuk ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Tarian Asli Sekolah Rendah Senegara. Diucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berusaha lebih gigih untuk masuk ke peringkat akhir. Maju Batu Apoi!
Aksi-Aksi Penari-Penari Sr Sultan Hashim dengan "Tarian Samalindang"
Subscribe to:
Posts (Atom)




