SALAM

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Pihak Sekolah Rendah Sultan Hashim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Sunday, September 20, 2009

Semoga berjumpa lagi Ya Ramadhan

Sebelum bercuti penggal ke-3, Sekolah Rendah Sultan Hashim menjalani aktiviti harian seperti biasa di dalam bulan Ramadahan yang mulia ini. Pada bulan inilah banyak pihak-pihak tertentu melakukan amal bagi memberkati lagi blan Ramadhan ini.
Salah seorang murid Sultan Hashim menerima derma voucher
Sekolah Rendah Sultan Hashim memberikan derma kepada kakitangan sekolah dimana anak beliau akan menjalani pembedahan di Singapura
Hari terakhir sebelum cuti, murid-murid meneriam sedekah Sekolah.

Wednesday, August 26, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Rendah Senegara

Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC)- Salah seorang pelajar dari Sekolah Rendah Sultan Hashim telah terpilih menerima Hadiah Pelajar Cemerlang yang dilangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada 19 Ogos 2009. Majlis ini ialah salah satu cara galakan dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam agar pelajar-pelajar akan bersemangat dan terus berusaha mencapai kecermerlangan di dalam pendidikan mereka.

Tahniah diucapkan kepada Dayang Nor Azlina Binti Shamhadi kerana terpilih menerima Hadiah Pelajar Terbaik. Beliau ialah pelajar sekolah ini yang sedang menuntut di dalam kelas tahun 2.

Dayang Nor Azlina Binti Shamhadi bersama pelajar-pelajar yang lain
Penyampaian Hadiah oleh tetamu kehormat Yang Mulia Datin Paduka Dayang Apsah Bte Haji Abdul Majid, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan

Sunday, August 23, 2009

Pertandingan Azan dan Doanya Dan Menghafaz Ayat- Ayat Lazim Sekolah Rendah Kerajaan dan Bukan Kerajaan Senegara Tahun 2009

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Hakim Bin Muhammad Amin yang telah mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Azan Subuh dan Doanya.

Tuesday, August 18, 2009

PIBG Latest

PIBG, Meeting at night
Sekolah Rendah Sultan Hashim -For better understanding and cooperation, further PIBG meeting was held. As for both:teachers and parents convenience, the meeting was done in the evening. The purpose of the meeting was to elect new members from both sides and to plan the PIBG's projects.