SALAM

Friday, March 18, 2011

Diakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama






Assalamualaikum WBT.

Cuti sekolah penggal pertama pun sudah bermula dari 18 hingga 27 March 2011. Pihak sekolah telah mengadakan acara perlawanan bola sepak guru-guru lawan murid-murid dan juga bola jaring. Hari yang sangat menggembirakan bagi guru-guru, kakitangan dan juga murid-murid disekolah ini.

Acara dimulakan dengan perkumpulan pagi kemudian membaca surah yassin. Setelah itu, semua warga sekolah membuat senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Fadli. Kemudian, setelah senamrobik, murid-murid yang ingin menyertai perlawanan bola sepak dan bola jaring menuju ke tempat masing-masing. Disini kami sertakan gambar-gambar yang telah diambil oleh salah seorang murid sekolah ini. Selamat menyaksikan.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HJ SHAFEI DAN CIKGU MARRY






Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita lagi diblog SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong.

Hari ini kami ingin mengongsikan bersama biskita semua mengenai dengan Majlis Perpisahan bagi Cikgu Hj Shafei dan Cikgu Mary. Majlis ini diadakan pada 17 March 2011 di Bilik Persidangan sekolah. Cikgu Hj Shafei telah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun manakala Cikgu Mary telah berkhidmat selama 5 tahun. Warga sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada biscikgu kerana banyak menyumbangkan tenaga dan masa bagi sama-sama menaikkan nama sekolah ini. Semoga cikgu sekalian akan dapat meneruskan lagi usaha cikgu di sekolah yang ditempatkan. Jasa Cikgu Hj Shafei dan Cikgu Mary tidak akan dilupakan. Selamat Maju Jaya.

Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan Bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011



Assalamualaikum WBT.
Dalam blog kali ini, kami ingin mengongsikan mengenai dengan Majlis Peraduan Mari Bercerita Peringkat Saringan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2011. Seramai 19 orang murid dari 11 buah sekolah rendah daerah Temburong telah mengikuti pertandingan ini.

SR SUltan Hashim Batu Apoi Temburong juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyahut cabaran ini. Sekolah Batu Apoi telah menghantar dua orang murid, iaitu, Saza Yoel Bin Sara dan Munirah Binti Rahimi. Mereka telah menyampaikan cerita mereka mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri. Semoga mereka berdua akan berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bagi Daerah Temburong. Amin.

Thursday, March 17, 2011

Penyampaian sijil kepada pasukan bola sepak sekolah 2011









Assalamualaikum WBT.
Bertemu kita lagi dalam blog ini.
Kali ini kami ingin mengongsikan mengenai dengan penyampaian sijil-sijil kepada pasukan bola sepak sekolah yang mana telah menyertai Perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah bagi Daerah Temburong Tahun 2011. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Cikgu Haji Siasa Bin Tambah, Guru Besar SR Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi Temburong.

Walaupun pasukan dari SR Sultan Hashim Batu Apoi, tidak mendapat tempat, tapi warga sekolah tetap berbangga dengan pasukan bola sepak sekolah. Tahniah diucapkan. Kita akan teruskan lagi usaha pada tahun yang akan datang. Semoga Berjaya. Amin.

Monday, March 14, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI TOP READERS BULAN FEBRUARI 2011










Assalamualaikum WBT.
Salam sejahtera.
Alhamdulillah kita bertemu lagi di blog sekolah ini. Kali ini kami ingin mengongsikan bersama biskita semua mengenai dengan penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid yang berjaya menjadi top reader bagi bulan Februari. Seramai 6 orang murid telah mendapat hadiah ini. Mereka ialah Siti Nurashidah Binti Yunus, Tahun 1, Nabila Elyysa, Tahun 2, Syasya Shahirah binti Muhaiminin, tahun 3, Siti Amierah Binti Nordin, tahun 4, Ummi Farahiyah Binti Amin, Tahun 5 dan Neilly Binti Yakup dari tahun 6. Tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

Sekian. Terima kasih.

Parents Training for reading Intervention













Assalamualaikum WBT
Bertemu kita lagi di blog ini yang mana akan sentiasa akan mengongsikan informasi dan maklmat terkini dari sekolah ini. Kali ini, kami ingin mengongsikan mengenai dengan program SLP, yang mana kami telah mengadakan "Parents Training" untuk ibubapa yang akan mengajar dan mendidik anak-anak mereka dirumah terutama sekali dalam bahasa inggeris. Ia diadakan pada 14 March 2011 di bilik mensyuarat. Ramai ibubapa yang hadir bagi sesi bengkel ini. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama ibubapa untuk meluangkan masa bagi kecemerlangan anak-anak mereka.

Bengkel ini telah disampaikan oleh guru CFBT sekolah ini iaitu Mr.David Pancham dengan diterjemahkan oleh Cikgu Kasumayati. Alhamdulillah, bengkel ringkas ini telah berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menyediakan CD untuk memudahkan lagi ibubapa untuk mendengar sebutan-sebutan yang betul dan tepat untuk mengajar anak-anak mereka yang mempunyai masalah dalam pembacaan bahasa Inggeris. Dengan itu, kami telah merakamkan beberapa gambar dan juga video untuk tatapan kitani bersama.

Sampai sekian,
terima kasih.

SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAM (SIP) 3RD YEAR CYLCLE 1











Assalamualaikum WBT.
Salam sejahtera.
Bertemu kita lagi diblog ini dengan maklumat dan informasi yang terkini.
Pada tanggal 9 March 2011 dan 10 March 2011, sekolah ini telah dilawat oleh 5 orang nazir dari Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah (JKSS), Kementerian Pendidikan. Ini adalah lawatan bagi School Improvement Program (SIP) yang dijalankan selama tiga tahun, bermula pada tahun 2009.

Alhamdulillah, semua yang telah dilaksanakan berjalan dengan lancar dan teratur. Pihak sekolah telah menerima maklum balas yang positif dari pihak kenaziran atas segala pentadbiran dan juga cara pengajaran guru-guru terutama sekali bagi tahun 6. Disamping itu, pihak sekolah juga telah sempat mendengar taklimat dari Cikgu Saimon mengenai dengan cara menyediakan objektif pengajaran. Oleh itu, pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada nazir-nazir dari Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah (JKSS), Kementerian Pendidikan kerana sudi meluangkan masa membantu dan mengongsikan pengalaman untuk sama-sama mencapai kejayaan.

Disini kami sempat merakamkan sedikit gambar kenangan atas School Improvement Program ini. Sekian Terima Kasih.