SALAM

Tuesday, April 6, 2010

Penari-Penari Tarian Asli Sr Sultan Hashim Berjaya Masuk Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara 2010

Selasa, 6 April 2010 - Usaha gigih dan kerja keras penari-penari Sr Sultan Hashim yang dibimbing oleh Cikgu Zool Fadhli yang mempersembahkan "Tarian Samalindang" akhirnya berbaloi apabila keputusan yang bedebar-debar yang dinantikan petang hari ini di mana Sr Sultan Hashim berjaya masuk ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Tarian Asli Sekolah Rendah Senegara. Diucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berusaha lebih gigih untuk masuk ke peringkat akhir. Maju Batu Apoi!



Aksi-Aksi Penari-Penari Sr Sultan Hashim dengan "Tarian Samalindang"

Penari-Penari Sultan Hashim bersama Guru-guru Pengawas

Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong

Sabtu, 3 April 2010 - Perlawanan Badminton Sekolah-Sekolah Daerah Temburong yang mana Sekolah Rendah Selapon selaku tuan rumah dan perlawanan tersebut berlangsung di dewan Rataie. Pemain beregu perempuan telah berjaya mendapat naib johan walaupun tidak dapat Johan dan diucapkan syabas dan tahniah kepada pemain-pemain badminton SR Sultan Hashim dan kita akan mencuba yang terbaik pada masa akan datang.
Naib Johan Beregu Perempuan Monisa dan Jelina dengan jurulatih Cikgu Shafiee

Pemain-pemain Badminton SR Sultan Hashim dengan jurulatih-jurulatih

Cikgu Shafiee, Cikgu Hassanal dan Cikgu Kasumayati

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Peringkat Separuh Akhir dan Akhir Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010

Rabu, 3 Mac 2010 - Pada Hari ini merupakan Perlawanan Peringkat Separuh Akhir Dan Akhir Kejohanan Bola Jaring Tahun 2010. Tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Cikgu Saimon Binti Haji Lahid, Nazir Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong.

Piala "JOHAN"

Tetamu kehormat Cikgu Saimon binti Hj Lahid dan Guru Besar SR Sultan Hashim

Sebelum perlawanan separuh akhir dimulakan tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding

Tetamu Kehormat diperkenalkan kepada pasukan yang bertanding
Pasukan-pasukan yang berjaya masuk ke Separuh Akhir

Keputusan separuh akhir perlawanan di antara SR Sultan Hashim dengan SR Puni berkesudahan SR Sultan Hashim berjaya mara ke perlawanan akhir. Manakala keputusan di antara perlawanan SR Amo dengan SR Sultan Hassan dimenangi oleh SR Amo. Dengan ini SR Sultan Hashim akan bertemu dengan SR Amo di peringkat akhir.



SR Puni VS SR Sultan Hashim

Sebelum perlawanan akhir dimulakan para jemputan dan penonton dipersembahkan dengan aksi-aksi lincah oleh Pasukan Sorak murid-murid SR Sultan Hashim.

Latihan awal sebelum membuat persembahan


Aksi-aksi Pasukan Sorak murid-murid SR Sultan Hashim

SR Amo muncul Johan di Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010 dengan menewaskan SR Sultan Hashim dengan jaringan 4 - 1.

SR Amo VS SR Sultan Hashim






Cikgu Kasumayati dan Cikgu Noriah menerangkan strategi kepada pemain-pemain
SR Sultan Hashim

Cikgu Limawati dan pemain-pemain SR Amo

Guru Besar SR Amo menerima Piala JOHAN dari tetamu kehormat
"JOHAN" SR Amo

"NAIB JOHAN" SR Sultan Hashim Batu Apoi

"KETIGA BERSAMA" SR Sultan Hassan Bangar
"KETIGA BERSAMA" SR Puni"PEMAIN TERBAIK" Kejohanan Dyg Jelina anak Awg Aziz





Perlawanan Peringkat Awal Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Tahun 2010

Isnin, 1 & 2 Mac 2010 - Pada hari ini bermulalah Kejohanan Peringkat Awal Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010. SR Sultan Hashim Batu Apoi telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut. Perlawanan berlangsung di Gelanggang Sukan Jabatan Kokurikulum Daerah Temburong pada pukul 2 petang. Seramai 9 buah sekolah telah menyertai di kejohanan tersebut.

Pemain-pemain SR Sultan Hashim

Gelanggang sukan Kokurikulum Daerah Temburong


Selama dua hari kejohanan berlangsung 4 pasukan telah berjaya mara ke perlawanan Separuh Akhir yang akan di adakan pada 3 Mac 2010. SR Puni telah menjadi juara di Kumpulan 'A' dan Naib Johan adalah SR Sultan Hassan Bangar manakala bagi Kumpulan 'B' SR Amo menjadi Johan dan Naib Johan adalah SR Sultan Hashim. Perlawanan separuh akhir adalah di antara SR Sultan Hashim VS SR Puni dan SR Amo VS SR Sultan Hassan.


Guru-guru dan pemain-pemain yang hadir

Pengadil memberikan taklimat kepada pemain


SR Sultan Hashim VS SR Kenua

SR Kenua VS SR Negalang

Pemain-pemain bersalaman selepas perlawanan



Tuesday, March 2, 2010

Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Rendah Daerah Temburong Kali Ke 25 Tahun 2010

Isnin, 1 Mac 2010 - Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Sekolah Sekolah Daerah Temburong kali ke 25 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac,2010 bertempat di Gelanggang Sukan Kokuriukulum. Di jemput orang ramai supaya hadir ke kejohanan tersebut bagi memeriahkan lagi acara tersebut.