SALAM

Wednesday, February 3, 2010

Ko-kurikolum Sekolah Bulan 1

Sepanjang bulan pertama tahun 2010. Sekolah Rendah Sultan Hashim sibuk bersiap sedia dengan kegiatan Ko-kurikolum yang akan diadakan. Sekolah juga berkesempatan melakukan riadah bersenam pagi dengan mengadakan 'Walkathon' melawat Kampong.


Walkathon

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Minggu Pertama Sekolah

Bermulalah musim sekolah bagi negara Brunei Darussalam bagi tahun 2010. Guru-guru dan murid-murid memulakan musim persekolahan yang bermula pada tarikh 4th Januari 2010 dengan penuh harapan dan semangat. Diharapkan, tahun ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Pada tahun Sekolah Rendah Sultan Hashim juga telah mempunyai Guru Besar yang Baru iaitu Cikgu Haji Siasa Bin Tambah dan juga menerima kemasukan murid Pra.

Diharapkan Tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik. Selamat Maju Jaya.





Sunday, November 22, 2009

Sambutan Hari Guru




























Sabtu, 7 November 2009 - Murid-murid SR Sultan Hashim Batu Apoi telah mengadakan Sambutan Hari Guru khas untuk guru-guru SR Sultan Hashim Batu Apoi. Semua guru begitu 'sporting' mengikuti semua aktiviti yang disusun oleh murid-muridnya sendiri.




Aktiviti yang dijalankan adalah seperti perlawanan bola jaring antara guru-guru, permainan merebut kerusi dan permainan 'fireball'.




Selepas aktiviti luar dijalankan, guru-guru dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid. Murid-murid membuat dua persembahan nyanyian iaitu satu persembahan daripada murid-murid pra hingga tahun 3 dan satu persembahan daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Persembahan ini berlangsung di dewan sekolah.




Sebelum guru-guru berkunjung ke semua kelas untuk menikmati jamuan yang telah disediakan, guru-guru telah berkumpul untuk sesi pertukaran hadiah.


Monday, October 19, 2009

Pertandingan Tarian Asli Brunei Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Akhir Senegara


Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Hashim, Batu Apoi, Temburong kerana mendapattempat ke-3 dalam pertandingan Tarian Asli Brune Peringkat Akhir Senegara.
Cigku Zool Fadhli telah berjaya membawa Sekolah Rendah Sultan Hashim keperingkat akhir
dan berjaya mendapat tempat ke-3 dari 12 sekolah yang pertanding pada hari itu.Tahniah
diucap kepada penari-penari Sekolah Rendah Sultan Hashim.

Kedudukan Pertandingan Tarian Asli Brunei Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Akhir Senegara
Tempat Pertama - Sekolah Rendah Haji Muhd. Jaafar Maun, Kg. Kiulap, Brunei II
Tempat Kedua - Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, Brunei I
tempat Ketiga - Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Temburong.




Penari Sekolah Sultan Hashim juga dijemput membuat persembahan tarian aduk-aduk sempena
Hari Raya pada Hari Ahad persamaan 17 Oktober 2009




Monday, October 5, 2009

Semoga Berjaya Tahun 6

Pada 5hb October 2009, seluruh warga tahun 6 Brunei Darussalam telah mulai menjalani Perperiksaan Sijil Rendah (P.S.R)

Sekolah Rendah Hashim, Batu Apoi Temburong ingin mendoakan agar penuntut Tahun 6 akan berjaya dan semoga mendapat keputusan yang diingini.

Selamat Maju Jaya Tahun 6